Sunday, September 25, 2011

kurkurkur..

dark cloud ran slow, and yes gradually left me. :)
bright cloud, smiling at me.

Thursday, May 26, 2011

ALHAMDULILLAH.






keputusan semester kedua bagi tahun pertama aku di menara gading sudah pun menunjukkan warnanya. walaupun keputusan aku ada penurunan sbyk o.1, tapi syukur tetap ku panjatkan. semoga tiada lg penurunan dan biarlah ia kekal di tahap itu.

semester kedua ini penuh dgn cabaran emosi juga mental.

aku sangkakan jiwaku ini cukup kental menghadapinya. tetapi, bisa dan serpihan pilu itu masih terasa hingga kini.

janji sudah ku pahatkan, walau apa pun yang berlaku,pelajaran jgn diganggu gugat. ku kentalkan jiwa seraya berkata "iya,aku berjanji."

tapi mana mungkin bisa? hanya manusia yang tidak punya hati,mungkin bisa. jiwa ku tidak seteguh bangunan yg mampu berdiri segak. tumpuan aku sering sahaja melayang. air mata mengalir tanpa alasan.

tapi apa yang ku ada kini, hanya pelajaran dan sahabat yg menemani. ya, ku tidak mungkin merelakan ia juga pergi meninggalkan diri ini terus usang tanpa sinar harapan.

kebahagiaannya sudah pun menunjukkan belang di segenap sudut dinding dunia.


sedangkan aku, hanya mampu terpaku. melihatnya dgn aggapan yg kosong.

aku tidak mangharapkan ia kembali. pergilah kau bersama kebahagiaanmu.

puas sudah ku melatih hati ini membenci agar mampu bertatih untuk melupakan memori. namun kebencian itu hanya mampu terbit di tepi bibir.

alhamdulillah ya Allah dgn keputusan semester kedua yg Engkau berikan. janganlah kau ragut ia serta sahabatku dan keluargaku jauh dari sisiku.

ku doakan semoga kebahagiaannya terus mekar. ikhlas dan tulus bukan sinis
.

Wednesday, March 23, 2011

23 MARCH

tarikh ini memang ajaib.
ramai sungguh mereka yang aku kenali memiliki tarikh lahir yang sama.
hampir 10 orang,iya 10!

khas buat mereka, selamat hari jadi ;)
pastinya tahun yang mendatang akan lebih bermakna
Best of luck.

Saturday, March 12, 2011

hening nya!

rasa sayu,
rasa rindu
bertalu talu.

rasa ini mungkin menyakiti
tapi jauh di sudut hati
bait bait rindu itu harus menyepi
biarkan ia pergi.

pergi..
biarkan ruang ini sepi sendiri
biarkan ruang ini tidak terisi
ingin sekali menyelaminya sendiri

agar ku fahami erti
agarku teguh berdiri
tembok ini pastinya mencipta identiti tersendiri.

Wednesday, March 9, 2011

saya hilang deria rasa,kembalikan ia.


hilang.
iya kata itu cukup tepat ketika ini.
mungkin aku terlalu terbawa bawa perasaan hampa itu hingga kini.
aku cuba mengikis,tapi hatiku yang terhakis.


sungguh,melupakan bukan mudah.
tahu mengapa?
memori!
tidak salah lagi hanya kerna memori.

memori itu tidak mungkin hilang.
mungkin apinya sahaja yang surut,
rasa pedih pastinya berparut,
untuk melenyapkan,mungkin berbulan,bertahun mungkin berabad!





Tuesday, February 22, 2011

alone in peace perhaps


suara yg dulu sering menemani telah hanyut,

hilang tanpa jejak.

janji terasa ingin sahaja dituntut,

kepalsuan itu ingin sahaja diteriak.

namun yang tercapai hanya kelu.


bisu kini

menjadi teman yg pasti

menjadi pedoman di lautan sepi.


lautan yang dulu penuh dengan tawa,

menjadi tawar.

mawar indah kini mencarik tanpa belas.

apa yang pasti, kini sendiri lagi menyusuri babak babak yang penuh dengan kejutan yang kemas.


Sunday, February 13, 2011

unity


anda tahu padah bahaya bencana merokok,

namun masih leka.


duit yang melayang bagaikn mampu mengisi sebuah istana, sungguh tragis pembaziran anda wahai perokok!